kekejaman penjajah siam terhadap umat islam patani ....kematian syahid Abdullah ini tidak Ada sebarang pertempuran hanya tentera thai menudoh Abdullah telibat dalam serangan bom minggu lalu dan tentera thai naik tembak 7 das di atas Rumah kediaman mereka harap makkum!
Dan di pihak tentera thai tidak Ada sebarang kecederaan hanya bohong saja mengatakan Ada 3 Tentera thai cedera
Siam lakbatullah!!
Siam lakbatullah!!
Siam lakbatullah!!
Siam lakbatullah!!
--pemudaharapanbangsa--
Isnin, 30 September 2013
Ahad, 29 September 2013
siam ragu ragu untuk menerima tuntutan kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan wilayah patani banyak hasil ekonomi
Sangsi niat baik Malaysia
Bangkok: Timbalan Ketua Parti Demokrat Thai Thavron Senniam semalam menuduh Malaysia cuba meraih keuntungan menerusi peranannya sebagai fasilitator dalam rundingan damai yang pihak berkuasa Thai dengan kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN).
Thavorn menuduh Malaysia berhasrat untuk mendapat faedah daripada hasil ekonomi di tiga wilayah paling selatan negara itu jika rantau berkenaan diberi autonomi mutlak atau separuh menerusi pembentukan zon pentadbiran khas oleh kerajaan Thai sebaik Bangkok menandatangani perjanjian damai dengan kumpulan pemisah.
Bercakap di ibu pejabat parti pembangkang itu, Thavorn menyuarakan rasa sangsinya dengan berkata Yala, Pattani dan Narathiwat serta daerah perdagangan Sadai di Songkhla akan juga digunakan sebagai zon penampan oleh Malaysia sebaik zon itu digabungkan sebagai kawasan pentadbiran khas, pra syarat yang ditetapkan oleb BRN untuk menandatangani perjanjian itu.
“Saya bimbang Thailand akan kehilangan ketiga-tiga wilayah itu walaupun kerajaan yang mentadbir negara ini. Kesangsian saya itu kerana ada rundingan sulit di antara mereka,” katanya.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkannya ‘zon penampan.’ Dia menuduh Malaysia selaku fasilitator rundingan damai berkenaan mencadangkan Sadao dimasukkan ke dalam ketiga-tiga wilayah itu seperti yang dituntut oleh BRN.
Dalam pada itu, lima anggota polis mati dan sebelas cedera di Narathiwat kelmarin selepas kenderaan yang mereka naiki diserang hendap kumpulan pemisah patani . Dua daripada mereka mati di tempat kejadian apabila kenderaan berkenaan terbalik. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/29

serangan pemisah patani
Bom di Narathiwat 5 maut 11 cedera
Narathiwat:
Sebuah bom meletup dikawasan Belukar sena daerah Yenga wilayah Narathiwat dan serangan tentera
pembebasan Patani menyebabkan 3 tentera cedera parah kemudian di bantu oleh polis Thai dengan beberapa
buah kereta sebuah darinya terbalik kerana taburan paku menyebabkan 4 maut dan 7 cedera dan seorang
awam terkena tembakan ikut. cedera,setakat ini 5 tentera dan Polis Thai maut dan dijangka akan
kematian pihak penjajah akan meningkat.
--patanipost--
Jumaat, 27 September 2013
serangan pemisah patani
Yi-NGO Narathiwat serangan pemisah patani bom dan bertempur. 5 tentera thai maut 1 orang awam maut dan 11 tentera thai cedera. kejadian berlaku di nara di Yi-NGO di jalan bukit bukit pihak tentera thai berkata 20 penyerang yang tidak diketahui telah menyerang tentera thai dan ketika pertempuran belaku sebuah bom meletup di kawasan
itu dan ketika membawa tentera thai yang cedera ke hospital pemisah telah tabu paku di jalan dan menyebabkan ambulans tayar
pecah dan terpaksa panggil hilikopter ambik yang cedera di tempat kejadian
itu dan ketika membawa tentera thai yang cedera ke hospital pemisah telah tabu paku di jalan dan menyebabkan ambulans tayar
pecah dan terpaksa panggil hilikopter ambik yang cedera di tempat kejadian
Selasa, 17 September 2013
SEJAK SEMIGGU LALU 12 TENTERA PENJAJAH SIAM TERKOBAN
SEJAK SEMIGGU LALU 12 TENTERA PENJAJAH SIAM MATI
PEJUANG SYAHID 1 ORANG
1 GURU TADIKA MATI DITEMBAK
Bangkok: Sebutir bom tepi jalan yang meletup mengorbankan dua anggota tentera di kawasan bergolak
selatan Thailand semalam, kata polis, terbaru dalam siri serangan maut yang membayangi usaha damai
lesu.
Serangan itu yang turut mencederakan empat askar lain, mengenai sebuah trak tentera di wilayah Pattani
sejurus sebelum tengah hari, kata pihak berkuasa.
“Seorang sarjan berusia 21 tahun dan lans korperal berusia 27 tahun terbunuh,” kata pegawai kanan tentera,
Mejar Somjet Thongpan kepada AFP menerusi telefon.
“Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di hospital,” tambahnya.
Sejak seminggu lalu lebih 12 anggota keselamatan terkorban di wilayah itu, di mana serangan yang
dilancarkan pemisah Islam menyebabkan lebih 5,700 orang maut sejak 2004.
Khamis lalu, tiga renjer separa tentera yang membina sebuah tandas awam terbunuh akibat serangan
suspek pemisah yang melarikan diri dengan raifal dan sepucuk pistol.
Terdahulu, lima pegawai polis terbunuh dalam satu serbuan dan dua anggota tentera maut dalam satu
serangan di sekolah.
Keganasan tetap berlaku walaupun beberapa pusingan rundingan dengan pemisah diadakan yang menuntut
sesetengah bentuk autonomi untuk rantau itu, yang diduduki Thailand yang majoriti Buddha sekurun lalu.
Ketua perunding Thailand, berkata minggu lalu rundingan perlu diteruskan walaupun gelombang terbaru
pertumpahan darah. – AFP
--PATANIPOST--

Sabtu, 14 September 2013
2 tentera THAI maut 4 cedera PARAH bom di Pattani
KEADAAN KERETA KEBAL TENTERA THAI YANG DI BOM PEMISAH PATANI
2 tentera maut 4 cedera PARAH bom di Pattani
Pattani:
Sebuah bom meletup di kampong Tupat daerah Kokpho wilayah Pattani menyebabkan 2 tentera Thai maut
dan 4 cedera kejadian berlaku jam 11.30 pagi.
Pihak majlis keselamatan negara Thai menuduh 2 kumpulan terbesar di Patani menjadi dalang dalam
segala keganasan yangmelibatkan tentera Thai yaitu RKK dibawah BRN dan PLA dibawah PULO.
-PATANIPOST-
Jumaat, 13 September 2013
Memperingati Peristiwa Berdarah Tak Bai
Memperingati Peristiwa Berdarah Tak Bai
ramai umat Islam di Tabal (Tak Bai) oleh tentera penjajah Thailand.Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 25 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam Pattani syahid akibat kerakusan tentera penjajah Thailand pada bulan Ramadhan yang mulia.
Bagaimanapun kerajaan penjajah Thailand kemudiannya memutuskan bahawa sesiapa pun tidak bersalah dalam kejadian tersebut.
Peristiwa menyayat hati ini telah didahului enam bulan sebelumnya dengan satu peristiwa sedih iaitu pembunuhan kejam beramai-ramai di Masjid Kerisek. Kedua-kedua peristiwa ini ada persamaannya , iaitu tentera Thai bertindak dengan niat untuk membunuh semua ummat Islam Melayu yang hadir di lokasi peristiwa tersebut. Strategi yang terancang ini adalah sebahagian dari kempen "Pembersihan Etnik" penjajahan Thailand terhadap ummat Melayu Islam Pattani.
Peristiwa kekejaman Kerajaan Penjajah Thailand terhadap ummat Islam Pattani ini adalah setara dengan tindakan zalim Serbia terhadap bangsa Bosnia dan Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin. Penindasan dan kekejaman ini bukan sahaja berlaku di Kerisek dan Tak Bai bahkan berlaku setiap hari tetapi Akhbar-akhbar di Thailand dan Malaysia dilarang membuat liputan luas mengenainya. Hanya berita-berita kematian orang Siam sahaja yang menjadi fokus supaya masyarakat dunia menghukum Islam yang bertanggungjawab. Bermula dari peristiwa-peristiwa sedih inilah tercetus kembali kebangkitan ummat Islam Pattani secara besar-besaran.
Peristiwa ini jugalah yang mencetuskan sumpah perjuangan oleh mujahidin-mujahidin yang berjuang. Mereka berikrar akan meneruskan perjuangan sehingga bumi Pattani dibebas kan sepenuhnya dari sebarang bentuk penjajahan. Peristiwa yang menyedihkan ini bukan sahaja diratapi oleh umat Islam Pattani bahkan oleh sesiapa sahaja yang mengaku Melayu dan ummat Islam di dunia ini. Peristiwa hitam 25 Oktober ini perlu diingati oleh seluruh ummat Islam kerana perjuangan pembebasan Pattani adalah perjuangan ummat Islam seluruhnya. Isu Pattani mesti menjadi isu yang wajib diperjuangkan oleh ummat Islam.
Walau pun mereka cuba menyembunyikan angka sebenar mangsa pembunuhan di Tak Bai tetapi amat diyakini bahawa jumlah mangsa kematian melebihi dari angka yang dilaporkan. Antaranya mangsa yang mati ketika cuba melarikan diri dalam sungai. Mereka ditembak seperti ikan. Begitu juga liang besar pembunuhan beramai-ramai turut dijumpai di Telubok Pattani, di tanah perkuburan cina di Jala (Yala) dan juga perkuburan Cina di Naratiwat. Jumlah kematian di ketiga-tiga kubur ini dijangka melebihi 500 orang .
Peristiwa ini bukanlah satu peristiwa yang luar biasa di bumi Pattani. Bahkan ianya adalah intisari daripada tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh penjajah Thai sejak dari 1786 lagi. Mereka membunuh ummat Islam Pattani seperti binatang buruan dan mereka sesekali tidak pernah menganggap ummat Melayu Islam Pattani sebagai manusia.
Pattani adalah sebahagian daripada ‘Tanah Melayu’. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialisasi kerajaan Siam yang disokong secara sulit oleh kuasa barat. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Pattani telah diiktiraf oleh British. Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Pattani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban membawa kepada penghapusan sistem pemerintahan kesultanan Melayu Pattani. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Pattani telah diisytiharkan oleh British sebagai jajahan Siam tanpa kerelaan ummat Islam Melayu Pattani.
Semenjak penggulingan Kesultanan Islam Melayu Pattani, ummat Islam Melayu Pattani berada dalam keadaan tertekan dan dhaif. Ummat Islam Melayu menjadi mangsa pemerintahan siam yang zalim . Justeru, tidaklah hairan seringkali berlaku kebangkitan di Pattani. Pada tahun 1923, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas Raja Kerajaan Melayu Patani, dengan sokongan pejuang-pejuang dari Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan. Kebangkitan anti Siam menjadi lebih hebat apabila kerajaan Pibul Songgram (1939-44) cuba mensiamkan ummat Islam Pattani melalui Dasar Rathaniyom.
Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua bersekutu dengan Jepun telah memberikan peluang baru kepada ummat Islam Melayu Pattani untuk membebaskan Pattani daripada penjajahan Siam. Oleh itu Tengku Mahmood Mahyideen, Putera Raja bekas Raja Pattani, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Pattani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu.
Perancangan Tengku Mahmud itu berbetulan dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang nanti. Peluang itu semakin cerah apabila Kuasa-Kuasa Berikat, dalam Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima pakai prinsip hak menentu nasib sendiri sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan. Lantaran itu, tanggal 1 November 1945, sekumpulan pemimpin ummat Islam Melayu Pattani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Pattani dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu.
Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan penjajahan British di wilayah Asia Tenggara menjadi faktor utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Pattani. Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan beras untuk keperluan jajahannya. British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.
Tindakan penjajahan ini juga selaras dan bertepatan dengan perancangan Zionis Yahudi . Pattani menerima nasib yang sama dengan Palestin dari segi perancangan licik penjajah kuffar. Kemaraan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor penting kepada British dalam menentukan polisi dan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis dari China. Justeru, Kerajaan British ingin memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan blok Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi menghadapi kemaraan Komunis di perbatasan Tanah Melayu. Justeru, Pattani adalah taruhannya.
Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk melaksanakan pembaikan sistem pentadbiran dan sosio ekonomi di Pattani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh ummat Islam Pattani. Sejak , isu pembebasan Pattani mula pudar malah jika dibangkitkan ia kononnya disifatkan bakal menjejaskan hubungan dengan Siam. Seusai Persidangan Senggora pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula bertindak terhadap pemimpin-pemimpin pejuang pembebasan Pattani. Tengku Mahmood Mahyideen ditekan hebat manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan politik Pattani semakin lemah dengan pembunuhan Tengku Mahmood Mahyideen dan Syahidnya Haji Sulung pada tahun 1954.
Sebelum Perang Dunia Kedua ummat Islam Melayu di Pattani melebihi 90 %, tetapi nisbah ini semakin berkurangan dengan pemindahan penduduk dari utara Thai dan pembunuhan beramai-ramai yang sering dilakukan oleh kerajaan Thailand di wilayah Pattani. Kerajaan Thailand juga memperalatkan pihak berkepentingan demi melagakan sesama ummat Islam Pattani. Mereka telah menggunakan berbagai helah bagi melemahkan ummat Islam Pattani. Antaranya mengeluarkan fatwa bahawa perjuangan ini tidak syarie kerana Pattani ini asalnya adalah hak milik kerajaan Thailand.
Walau bagaimana pun perjuangan ummat Islam Pattani sudah sampai kepada apa yang disebut oleh Al Quran sebagai "Hari bertemunya dua ketumbukan", iaitu perjuangan pada hari ini hanya berlaku antara dua pihak, iaitu ummat Islam dan kaum Kafir yang zalim. Sesiapa yang memilih bersubahat dengan penjajah Thailand maka merekalah yang mengkhianati ummat Islam dan cenderung kepada kerajaan Thailand yang Zalim . Justeru, mereka yang bersekongkol dengan penjajah Thailand diberi amaran supaya kembali ke paksi perjuangan yang sebenar. Jangan sesekali menista para pejuang dengan tuduhan tidak berperi kemanusiaan kapada bangsa sendiri.
Perjuangan kemerdekaan Pattani bangkit di atas percikan darah para syuhada. Ummat Islam lebih rela mati berjuang dari hidup sesaat lagi di atas bumi Pattani yang di jajah. Kami memohon kapada Allah swt. Terimalah pengorbanan untuk mendaulatkan kalimatmu di bumi ini.
Ya Allah seandainya Dikau matikan kami semuanya maka tiadalah lagi hamba-hamba yang ikhlas menyembahmu di bumi Pattani.
bangkitlah !! wahai umat islam demi agama bangsa negara dan sejarah kita yang di jajah oleh siam !! kafir

Selasa, 10 September 2013
Bom dalam bandar Yala 2 tentera maut 10/9/ 2013
Bom dalam bandar Yala 2 tentera maut 10/9/ 2013
Yala:
Sebuah bom dalam ting gas seberat 20 kg meletup di depan sekolah Yupho daerah Bandar wilayah Yala
menyebabkan 2 tentera maut dan seorang tentera yang lain parah seorang pelajar terkena serpihan bom.
Secara rasmi pihak berkuasa Thai mengakui dua gerakan bersenjata sedang giat di Patani yaitu RKK
yang mana pihak Thai mengkaitkan dengan BRN dan PLA yaitu tentera pembebasan Patani dikaitkan dengan PULO
---patanipost---
Sabtu, 7 September 2013
kisah perwira patani yang gugur bersama kawan kawan seperjuangan 13 fb
Serangan yang dilakukan pada 13 Februari oleh kumpulan militan (yang kemudiannya diketahui sebagai anggota Barisan Revolusi Nasional, BRN) ke atas sebuah kubu tentera yang terletak di Daerah Bacho, Wilayah Narathiwat, berakhir dengan gugurnya nyawa seramai 16 orang penyerang. Menurut seorang komander tentera Unit Khas 32 yang terletak di daerah berkenaan, sejak pergolakan tercetus di Thailand Selatan pada awal tahun 2004, ini kali pertama percubaan sedemikian oleh pihak kumpulan militan berakhir dengan kegagalan. Walaupun serangan tersebut gagal dari segi ketenteraan, peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat mendalam pada sanubari penduduk tempatan, dan membongkarkan banyak perkara yang sebelum ini tidak dinyatakan oleh mana-mana pihak. Selama ini ahli kumpulan militan dilabelkan sebagai pengganas, dan penduduk tempatan mendiamkan diri sahaja. Tetapi peristiwa ini seolah-olah menggerakkan hati orang tempatan untuk bertindak.
mat-roso dan isteri
Sebaik sahaja mendapat berita gugurnya 16 nyawa dalam peristiwa tersebut, seorang penyair tempatan yang bernama Abdulloh Wan Ahmad mengarang sajak yang bertajuk ‘13 Februari’.
13 Februari
Embun pagi mebasahi bumi
Sebelum fajar jelang menyinar
Kebaktian diri membela pertiwi
Menjulang ajaran tinggi yang benar
Bak mawar harum kasturi
Menabur bakti menyuburi bumi
Nama-namamu takkan ku lupai
Jasamu di kenangan hingga abadi
Pemergianmu tak akan hampa
Tetap dibalas di negeri sana
Kenangan indah amal mulia
Jasa kenanganmu...perwira
Seorang pemuzik tempatan yang juga kawan kepada penyajak tersebut, menggubal muzik untuk sajak ini, maka lahirlah lagu ‘13 Februari’ nyanyian Madu Band. Klip lagu ini dimuat naik ke laman video Youtube pada pertengahan Februari, dan ketika aritkel ini sedang diusahakan (awal April 2013), sudah ditonton oleh lebih daripada 20,000 orang. Satu sambutan yang luar biasa bagi lagu tempatan di Patani.
Daripada kandungan sajak yang mendapat sambutan yang begitu baik, jelaslah bahawa sentimen ini dikongsi oleh ramai penduduk tempatan. Mereka tidak menganggap ahli kumpulan militan sebagai pengganas, sebaliknya sebagai pejuang yang memegang ajaran agama sebagai teras perjuangan. Hal ini telah dibuktikan oleh gambar-gambar barang kepunyaan mereka. Mereka menyimpan al-Quran di dalam begnya.
Penduduk kampung asal para pejuang menolak tawaran untuk mengebumikan semua jasadnya di sebuah liang lahad besar di pekarangan sebuah masjid yang terkenal di Wilayah Narathiwat iaitu Masjid Wadi Al Hussain, di Teluk Manok, kerana penduduk kampung mahu jasad pejuang dikebumikan di kampung masing-masing. Jika orang yang gugur pada 13 Februari ini benar-benar pengganas seperti yang dituduh oleh kerajaan, tentunya tidak ada penduduk tempatan yang menuntut mayatnya dikebumikan di kampung masing-masing. Pada pandangan orang tempatan, mereka ialah pejuang pembebasan Patani yang mati syahid.
Antara pejuang yang gugur dalam peristiwa ini ialah Mahrosu Jantarawadee atau nama Islamnya ialah Mad Rasul bin Ibrahim. Anak kelahiran Kampung Duku, Daerah Bacho ini merupakan salah seorang pejuang yang terkenal, atau ‘pengganas’ yang dikehendaki oleh kerajaan. Menurut penyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak tentera, beliau terlibat dalam 35 kes keganasan, dengan membunuh 25 orang (tetapi buktinya lemah). Sebanyak 18 waran tangkap telah dikelurkan. Tidak hairanlah seorang pegawai polis di Daerah Bacho yang ditemui oleh penulis menyifatkannya sebagai ‘ketua pengganas’. Menurut beliau, kawasannya (Daerah Bacho) akan damai kerana tiada lagi ketua pengganas yang terkenal ini.
Hanya beberapa hari setelah berlakunya kejadian 13 Februari, para wartawan daripada media alternatif tempatan yang bernama Wartani menziarahi keluarga bebera orang pejuang di Daerah Bacho, termasuk isteri kepada Mahrosu untuk mengadakan sesi wawancara. Peribadi Mahrosu yang diceritakan oleh isterinya amat menakjubkan.
Sebelum ini, komander tertinggi di kawasan ini, Leftenan Jeneral Udomchai Thamma- sarojrat menerangkan bahawa orang tempatan menyertai kumpulan militan kerana mereka adalah daripada golongan yang dipandang rendah dalam masyarakat. Menurutnya, dengan menyertai kumpulan militan, mereka boleh menjadi komander, dan mencapai kuasa yang tidak pernah dipegang oleh mereka sebelum ini. Tetapi ternyata tanggapan komander ini tersasar.
Peribadi yang digambarkan melalui wawancara isteri Mahrosu bukan seorang pengganas yang gila kuasa, tetapi seorang suami dan bapa yang penuh dengan kasih sayang terhadap keluarganya. Kasih sayang itu diterjemahkan dalam bentuk usahanya untuk menyara keluarga, walaupun dirinya sentiasa perlu melarikan diri daripada pemburuan askar Thai. Apabila ditemui penulis, isteri kepada pejuang yang terkenal ini menerangkan bahawa Mahrosu bekerja di beberap kebun getah milik saudara-maranya sebagai penoreh, dan menghantar wang yang diperolehi kepada keluarganya. Pada Hari Raya Haji, beliau juga membawa seguni daging lembu supaya anak-anaknya dapat menikmati hidangan daging pada hari besar yang terpenting dalam agama Islam. Bukan itu sahaja, beliau juga menebang kayu di dalam hutan, lalu mengirimkannya kepada keluarganya di kampung. Akhirnya sebuah rumah batu yang cantik dapat didirikan untuk keluarganya. Tetapi diri Mahrosu tidak sempat menaiki rumah yang dibina olehnya semasa beliau masih hidup lagi. Sebaliknya, rumah baru inilah yang menyambut kepulangan jasadnya yang tidak bernyawa lagi.
Dokumentari keluaran Wartani tersebut mendapat sambutan yang hebat, kerana sehingga saat ini jumlah penontonnya sudah melebihi 30,000 orang.
Kejadian pada 13 Februari ini juga sudah menggerakkan hati orang tempatan untuk lantang bersuara. Pada 23 Mac yang lalu, sebuah forum yang bernama Bicara Patani II telah dilangsungkan di Dewan Canselor, Universiti Prince of Songkla, Kampus Pattani. Forum ini dihadiri oleh ribuan orang tempatan (menurut anggaran kasar penulis sekitar 3000 orang), dan mendapat liputan media baik daripada Thailand mahupun daripada Malaysia termasuklah TV3. Seperti yang dilaporkan oleh surat khabar berbahasa Inggeris di Thailand, The Nation, forum ilmiah ini lebih bersifat perhimpunan politik. Ini merupakan satu peristiwa yang amat penting kerana penduduk tempatan dapat memberanikan diri untuk berhimpun (penulis ingin menekankan hakikat bahawa kawasan ini masih di bawah Undang-undang Darurat) dan menyatakan pendiriannya sendiri yang mungkin boleh membahayakan dirinya sendiri.
Perubahan yang sedang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang menghairankan. Rakyat tempatan Patani sudah lama menahan penderitaan di bawah pentadbiran kerajaan Thai yang tidak pernah adil. Sejak Patani dicantumkan sebagai sebahagian negara Siam pada awal abad ke-20, rakyat tempatan terus dikelaskeduakan. Kawasan ini juga dijadikan tempat buangan pegawai kerajaan yang telah melakukan kesalahan. Selama ini, rakyat tempatan hanya menyatakan rasa tidak puas hati dalam bentuk sokongan kepada kumpulan-kumpulan pejuang secara senyap-senyap sahaja. Tetapi mereka sendiri tidak berani menyuarakan apa-apa, kerana kehadiran pegawai keselamatan yang begitu banyak dan tekanan yang diberikan olehnya.
Pegawai keselamatan pula tidak memanfaatkan kuasa mutlak yang diamanahkan kepada mereka melalui tiga jenis undang-undang istimewa, iaitu Undang-undang Darurat, Dikri Darurat serta Akta Keselamatan Dalam Negara. Sebaliknya, impuniti yang diperuntukkan selalunya digunakan untuk melindungi pegawai keselamatan, terutamanya askar, yang menyalahgunakan kuasa. Contohnya, setelah Peristiwa Berdarah Tak Bai yang meragut sekurang-kurangnya 78 nyawa (dan ramai lagi yang hilang), setakat ini belum ada pegawai tentera atau polis yang dijatuhkan hukuman atau tindakakn disiplin.
Menurut aduan yang dibuat kepada pihak Pusat Peguam Muslim, dan juga beberapa wawancara yang penulis lakukan sendiri, jelas ada penyeksaan oleh pegawai tentera semasa menyoal siasat suspek. Jumlah kes sedemikian sudah mencapai tahap yang amat membimbangkan. Cara-cara penyeksaan yang digunakan oleh pihak tentera termasuk memukul, menyepak, mengenakan renjatan elektrik, mengenakan beg plastik ke atas kepala (untuk melemaskan), mendedahkan suhu yang terlamapu (sama ada terlalu sejuk atau terlalu panas) dan sebagainya. Dalam beberapa kes, pegawai soal siasat juga menggunakan benda tajam untuk melukai badan suspek.
Seorang imam masjid di Daerah Rueso, Wilayah Narathiwat, yang bernama Yapha Kaseng, atau dikenali antara kalangan penduduk tempatan sebagai Imam Zakaria, ditahan bersama dua orang anak lelakinya atas tuduhan palsu. Beliau meninggal dunia di sebuah pangkalan unit khas setelah diseksa berjam-jam oleh askar di depan mata dua orang anak lelakinya. Menurut anak lelakinya, askar berkali-kali memijak tubuhnya. Akhirnya sebatang tulang rusuknya patah, lalu mencucuk paru-parunya. Kecederaan ini menyebabkan kematian imam berkenaan. Punca kematiannya diketahui setelah autopsi dilakukan, tetapi sebelum ini pihak tentera mengumukan punca kematian sebagai penyakit epilepsi.
Keluarga Imam Zakaria telah membawa kes tersebut ke mahkamah. Mereka menang dalam kes sivik. Pihak berkuasa diperintah untuk membayar wang pampasan. Tetapi kes jenayah pula menemui jalan buntu kerana di bawah undang-undang istimewa, kes jenayah oleh pegawai tentera perlu dibawa ke mahkamah tentera, yang tentunya akan memihak kepada pegawai tentera. Imam Zakaria merupakan seorang pemimpin agama yang dihormati oleh penduduk tematan. Hampir dua ribu orang penduduk berkumpul di depan unit khas tersebut untuk mengambil jasadnya. Walaupun nyawa imam tersebut dilayangkan oleh tangan tentera, tidak seorang pun daripada askar-askar yang menyeksanya dijatuhkan hukuman. Menurut seorang anak Imam Zakaria, antara askar yang menyeksa bapanya ada juga yang mabuk.
Menangkap sesiapa sahaja yang ‘mencurigakan’ ialah salah satu kuasa yang diberikan kepada pegawai keselamatan melalui Undang-undang Darurat. Dengan kuasa ini, pegawai tentera juga melakukan penangkapan secara rambang, tetapi kebanyakannya mereka menangkap orang yang salah. Hal ini jelas daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh Pusat Peguam Muslim yang menunjukkan bahawa lebih 80 peratus daripada semua kes keselamatan yang dibawa ke mahkamah akhirnya digugurkan kerana buktinya tidak cukup. Walaupun sistem kehakiman masih berfungsi dengan agak sihat, penangkapan seperti ini menambahkan penderitaan orang tempatan, kerana mereka ditahan tanpa waran berdasarkan Undang-undang Darurat, dan ditahan selama 7 hari. Kemudian penahanan mereka disambung lagi selama 30 hari mengikut peruntukan Dikri Darurat. Penahanan mungkin lebih lama daripada itu hingga berbulan-bulan, jika kes mereka dibawa ke mahkamah.
Seorang daripada mangsa penahanan yang ditemui oleh penulis menceritakan pengalamannya yang terpaksa berkurung di penjara selama dua tahun sehingga kesnya digugurkan oleh mahkamah. Setelah dibebaskan, bekas ‘tertuduh’ terpaksa melaporkan diri setiap bulan kepada pihak tentera, dan pergerakannya terbatas. Masyarakat tempatan juga memandang serong terhadap orang yang pernah ditahan. Kebanyakannya mengalami kesulitan untuk mencari pekerjaan yang tetap setelah mereka dibebaskan.
Satu lagi kuasa yang diperuntukkan kepada tentera, tetapi mendatangkan masalah kepada penduduk tempatan, ialah kuasa untuk melakukan siasatan ke atas mana-mana tempat pada bila-bila masa. Oleh yang demikian, kerap kali siasatan tentera dilakukan ke atas rumah ‘suspek’ ketika tidak ada orang di rumah berkenaan tanpa pemberitahuan awal. Apabila penghuninya balik ke rumah sendiri akan bersemuka dengan keadaan rumahnya seperti yang telah dimasuki oleh pencuri, yang barang-barangnya diselongkar di sana-sini. Dalam beberapa kes wang serta harta benda yang disimpannya juga hilang. Rumah salah seorang pelajar penulis juga mengalami nasib yang sedemikian. Beberapa orang penduduk membuat aduan, tetapi tidak dilayan oleh tentera.
Penderitaan ini merupakan punca utama berlakunya pergolakan di Thailand Selatan. Menurut laporan berita daripada Deep South Watch, dalam perbincangan perdamaian yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 Mac yang lalu antara kerajaan Thailand dengan para wakil kumpulan pejuang, salah seorang daripada wakil pertubuhan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang tidak diketahui namanya, menceritakan peristiwa-peristiwa yang lalu, termasuklah penculikan pemimpin agama tempatan Haji Sulong, Peristiwa Dusun Nyiur pada tahun 1948, Pembunuhan Penduduk Muslim di Daerah Saiburi pada 1975 hinggalah pertempuran antara tentera Thai dan para pejuang di Majid Kerisik serta peristiwa berdarah di Tak Bai pada tahun 2004. Menurut laporan tersebut, ketika menceritakan kisah-kisah ini dengan mengalirkan air mata, wakil BRN berkenaan terlalu sebak sehingga terpaksa keluar dari bilik perbincangan untuk meredakan perasaannya.
Daripada penjelasan di atas, jelaslah bahawa sentimen terhadap kerajaan Thai serta kezaliman yang dilakukan oleh pihak tentera selama ini dikongsi oleh penduduk tempatan dan pertubuhan pejuang seperti BRN. Dengan kata lain, dalam perbincangan perdamaian ini yang Malaysia bertindak sebagai pemudah cara, BRN bukan sahaja mewakili pertubuhan-pertubuhan pejuang, tetapi secara tidak langsung, pertubuhan ini juga telah mewakili penduduk Melayu tempatan di Thailand Selatan yang menderita.
Untuk pengetahuan para pembaca, Mahrosu juga merupakan seorang anggota pertubuhan tersebut. Mahrosu serta semua rakan seperjuangannya yang gugur diterima oleh masyarakat tempatan sebagai syahid. Dalam sebuah klip dalam Youtube dirakamkan adegan pengebumian salah seorang daripadanya yang dihadiri oleh beratus-ratus, malah kemungkinan ribuan ornag penduduk, kesemuanya beratur panjang untuk mengusung jasad sambil melaung takbir. Dalam kelip tersebut ada suara latar yang terus-terang menyokong perjuangan, dan kini pihak berkuasa sedang memburu pembuat klip tersebut kerana dianggap sebagai menghasut penduduk tempatan. Tetapi sentimen orang tempatan tidak memerlukan sebarang hasutan lagi. Peristiwa 13 Februari yang gagal dari segi strategi ketenteraan telah membangkitkan semangat masyarakat tempatan.
Dalam Kesepakatan Umum atas Proses Perundingan Damai yang ditandatangani pada 28 Februari yang lalu, dinyatakan bahawa kerajaan Thai berhasrat untuk mengadakan perbincangan dengan orang ‘yang mempunyai pendirian serta ideologi yang berlainan daripada negara (kerajaan)’. Setelah peristiwa 13 Februari ini, semakin ramai penduduk tempatan sudah berani menampilkan diri sebagai penyokong perjuangan ini. Oleh itu, penduduk tempatan Melayu di Thailand Selatan juga tergolong ke dalam orang yang mempunayi pendirian serta ideologi yang berlainan daripada kerajaan.
Peranan Malaysia dalam mewujudkan proses perdamaian di Thailand Selatan amat penting. Pada masa ini Malaysia bertindak sebagai pemudah cara (facilitator), dan menjalankan tugas ini dengan baik. Usaha ini patut dipuji. Tetapi pada pandangan penulis, peranannya hendaklah ditingkatkan kepada tahap orang tengah (mediator). Malaysia merupakan satu-satunya pihak yang boleh memberikan tekanan kepada kedua-dua pihak, iaitu kerajaan Thailand dan kumpulan-kumpulan pejuang. Malaysia dihormati oleh kerajaan Thailand sebagai rakan ASEAN yang disegani, dan kumpulan pemisah pula menaruh kepercayaan atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Di samping itu, Malaysia juga memahami keadaan di Thailand Selatan kerana bersempadan dengan kawasan tersebut. Tidak ada mana-mana pihak yang lebih layak untuk peranan ini.
Walaupun nasib bangsa Melayu di Bumi Patani tidak seburuk bangsa Rohingya atau orang Muslim di Burma, penderitaan mereka juga sudah cukup lama. Jumlah orang terkorban dalam pergolakan ini sejak tahun 2004 sudah melebihi 5,300 orang. Kini buat kali pertama dalam sejarah pihak kerajaan Thailand bersedia untuk mengadakan perbincagnan dengan wakil bangsa Melayu yang meneruskan perjuangan. Peluang ini tidah seharusnya disia-siakan. Sebagai kumpulan minoriti, kuasa yang ada pada bangsa Melayu di Thailand Selatan terlalu kecil berbanding dengan kuasa kerajaan Thai. Oleh itu bantuan daripada Malaysia amat diperlukan. Jika bukan dengan tenaga, bantuan boleh dihulurkan dalam bentuk wang ringgit, tekanan terhadap kerajaan supaya lebih mengambil berat akan hal ini, dan juga dalam bentuk sepotong doa.
--shin taro--
Isnin, 2 September 2013
Memperingati pejuang-pejuang dan pengasas perjuangan
Memperingati pejuang-pejuang dan pengasas perjuangan
3/9/2013
Sejarah Patani telah melangkaui beratus-ratus tahun.Sebelum itu bumi ini juga di kenali sebagai langkasuka.Sejak dulu-dulu lagi negara Patani tidak henti-henti berperang dengan Siam.Raja-raja Patani dulu berbeza dengan pemimpin-peminpin moden.Mereka sendiri mengempalai peperangan. Ini termasuk raja perempuan yang terkenal yaitu Raja Hijau , Raja Biru,Raja Unggu dan Raja Kuning.
Diantara mereka lah Patani dapat beberapa kali bertahan dari serangan Siam.Patani teramat mashur dan maju di masa pemerentahan Raja Hijau.Negara Patani tersohor keseluruh dunia.
Dizaman moden Sultan Abdul Kadir adalah menjadi raja terakhir bagi negara Patani. Beliau berjuang bersungguh mempertahan dan cuba mengembalikan kedaulatan Patani tetapi gagal dan akhirnya beliau meninggal di Kelantan.Selepas itu Patani bangkit dengan cara pergerakan yang berlainan. Pada awal 40 han kebangkitan di pimpin oleh Haji Sulong dan Tengku Mahmood Muhyidin.
Di zaman itu pergerakan mereka berlindung disebalik tuntutan 7 perkara bagi dalam negeri.Dan Tuntutan untuk bersama Malaya diluar negara.
Kedua-dua pemimpin ini telah di bunuh. Haji Sulong dibunuh dengan kejam oleh Siam.Mayatnya dibuang ka-laut tanpa di ketahui mana kuburnya.Tengku Mahmud pula telah di racuni oleh Inggeris dan di tanam di Kelantan . Pembunuhan mereka berdua adalah konspirasi diantara Siam dan Inggeris.
Selepas itu gerakan kemerdekaan digerak oleh anak-anak muda Yang di pimpin secara sulit oleh Pak Bung. Pemuda-pemuda saperti Haji Amin,Ustaz Karim, Haji Yusuf ,Haji Harun ,Tengku Jala telah bersama menubuh partai Barisan Revolusi Nasional pada tahun 1960. Kemudian Tengku Jala menubuh kan Partai Barisan Nasional Pembebasan Patani 1972(sekarang berubah kapada Barisan Islam Pembebasan Patani). Tengku Biro atau Kabir Abdul Rahman pula telah menubuh partai Patani United Liberation Organisation 1968.(Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu.)
Mereka -mereka inilah yang menggerakkan perjuangan rakyat Patani sehingga sekarang disambut oleh generasi muda yang telah melakukan beberapa reformasi dari segi strateji dan taktik.Kesemua asas perjuangan yang di letak oleh bapa-bapa perjuangan bermatlamatkan kemerdekaan tanpa tolak ansur.Jika ada pemimpin baru yang cuba mengubah matlamat dan strateji perjuangan ini seolah-olah cuba mengkhianati aspirasi bapa-bapa kita dahulu.Kalau pejuang-pejuang dahulu tidak letih menunggu begitu lama, takkan lah golongan muda yang baru mengambil alih kepimpinan partai terus mahu berdamai dengan penjajah dan menerima segala cadangan yang di pelopori oleh kuasa barat dan Malaysia.

Ustaz Abdul Karim bin Haji Hassan Haji Amin Tohmina bin Assyahid Hj Sulong \
Ustaz Abdul Karim dan Haji Amin Tohmina antara pengasas BRN. Apabila berlaku perpecahan dalam BRN mereka masing-masing telah memimpin BRN Ulama dan BRN Coordinate .Dari situ Ustaz Karim telah bergabung dengan beberapa tokoh lain menubuh sebuah partai bernama Gerakan Hizbollah Patani. Parti ini tidak pernah di ishtihar kan di atas sebab-sebab tertentu. Beliau juga antara pemimpin yang menubuh satu badan Kerjasama parti-parti yang di namakan PRC (Patani Research and Coordinating Centre)bersama, almarhum Haji Amin,Baba Abdul Rahman Pomeng, dan beberapa orang tokoh yang masih hidup. Badan inilah yang menggerakkan kebangkitan masjid Kerisik pada tahun 1989-90 yang kononnya terkenal di pimpin oleh Bomoh Din.Bermula dari kebangkitan inilah rakyat Patani telah mula menonjolkan keberanian yang sejati.Pihak Wahdah juga pernah mengambil kesempatan menjuarai isu tersebut.
Sultan Abdul Kadir Tengku Mahmud Muhyiddin
Tengku Biro atau Kabir Abdul Rahman juga dengan
Gelaran Pokku oleh adik-adik dan pengikut.
Assyahid Haji Sulong . Bapa perjuangan Patani Moden. Dibunuh dengan kejam oleh penjajah Siam
dan mayatnya dibuang di laut senggora.Sampai sekarang tidak di ketahui kubor.
Perjuangan Patani akan menuntut bela di atas kesyahidan nya beliau, dan menjadi inspirasi besar.
Puteri berempat,Raja Hijau,Raja biru,Raja unggu dan Raja Kuning.
TuanLebih RajaLegeh
Patanikini keluaran ini diterbit khas untuk memperingati pejuang-pejuang dan pengasas perjuangan sekarang.Semoga golongan muda lebih mengenali dan memahami perjuangan Patani dari dahulu hingga sekarang.
Langgan:
Catatan (Atom)