Rabu, 30 Oktober 2013

Rundingan damai di Patani

Patani:

Perjumpaan diantara permisah Patani dan kerajaan Thai bermula dari tahun 90 han yang jelas diantara lain perjumpaan PULO dengan wakil kerajaan Thai di Cairo Egypt tahun 1993,perjumpaan itu membencangkan selama 3 hari kemudian di Damascuss,Syria pada tahun 1994 selama 3 hari,per becangan atau dialoge itu cuma satu sahaja yang diminta oleh pihak Thai ialah berhenti perang sepaya kerajaan thai dapat bertimbang permintaan PULO ,permintaan itu diam dengan berhentinya bunyi senapang PULO.

20 tahun kemudian cara dan tuntutan Thai yangsama kita dapat dengar dan membaca melalui media masa yaitu berhenti perang.

Apa yang perbezaan dulu dan sekarang ialah yangterakhir rakyat Patani dan dunia dapat mengikuti melalui media masa.

Matlamat kerajaan Thai sekadar berhenti perang adapun tuntutan pejuang akan terima dan akan hilang dengan hilangnya bunyian letupan dan tembakan tampa ada sesuatu perubahan dan penyelesayan yang membabitkan hak asasi bangsa Melayu Patani.

Perang di Patani menentang penjajah perlu diteruskan sehingga pihak penjajah bersetuju untok menyelesaikan masalah akar umbi ,walau bagi manapun kita harus menerima hakikat bahawa setiap masalah perlu selesai melalui meja rundingan ,cuma kerajaan Thai perlu ada kesunguhan sepaya rakyat Patani ada keyakinan bahawa kerajaan Thai bersedia untok memberi hak2 mereka.

PULO dan sekutunya masih berazam untok meneruskan peperangannya bukan kerana ingin masuk dalam majlis rundingan sebagai mana di tulis oleh media Thai ,tetapi mahu pastikan bahawa kerajaan bersedia untok menyelesaikan masalah akar umbi masalah Patani.
Aman damai dan kemerdekaan adalah cinta2 rakyat melayu Patani.

--patanipost--

Isnin, 28 Oktober 2013

EOD dan polis maut

3 polis Thai maut di Narathiwat

Narathiwat:
Satu pasokan polis penjajah Thai bahagian bom datang ke kawasan Gajah mati daerah Bachak wilayah Narathiwat untok memadamkan sebuah bom disitu tetapi bom meletup menyebabkan setakat ini 3 maut dan ada beberapa orang cedera.

--patanipost--

Khamis, 24 Oktober 2013

9 tahun peristiwa Takbai

Narathiwat:
25 oktober ini menggigatkan 9 tahun peristiwa Takbai yang
meragutkan ramai nyawa dan peristiwa pahit itu membayangkan di
mata dan hati mereka yang terlebat ,keluarga mereka ,seluroh rakyat
Patani dan seluroh dunia kerana filim peristiwa itu tersibar luas
berarti mereka yang tidak berada disitupun dapat melihat dan
menggambar sejauh mana kezaliman yangdilakukan oleh kerajaan
Thai,peristiwa itu adalah paling dahsyat dalam sejarah modern.
Kita bulih membuat kajian kenapa itu berlaku,jika dilihat apa
yangberlaku di Bangkok dengan demonstrasi tutop segala jalan dan
airport berapa kerugian harta benda dan imej negara tidak pula
kerajaan bertindak sebagai mana mereka bertindak di Takbai
sedangkan di Takbai adalah demonstrasi biasa simpati dengan orang
yang di angap tidak bersalah.
Jawapannya adalah sangat jelas kerana di Bangkok dilakukan oleh
rakyat mereka sendiri sedangkan di Takbai dilakukan oleh Rakyat
dibawah penjajah,walaupun Thai mengata urusan Patani urusan
sesama rakyat Thai ,mengapa bila melakukan sesuatu tidak nampak
mereka itu sebagai rakyat Thai sebagai mana kerajaan mengamalkan
dengan rakyat thai di lain tempatKejadian Takbai membuka mata rakyat Patani walaupun mereka
mahu jadi rakyat Thai mereka tidak akan diangap sebagai rakyat
Thai,oleh itu kepada orang Melayu Patani berbanggalah dengan
Bangsa sendiri dan berjuanglah untok mengubahkan nasib sendiri
kerana Allah telah berfirman maksudnya Sesungguhnya Allah tidak
akan mengubah nasib seswatu kaum sehingga mereka sendiri yang
mengubahnya.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Penjajah belum bersedia untok mencari perdamain

Patani:


Apakah perdamain yang selalu diamalkan oleh pihak yang
bermusohan,yang akhirnya membawa kemeja rundingan dan
mengambil jalan yang kedua pihak dapat diterima ,maka keamanan
itu datang selepas persetujuan di capai.

Kita terdapat penyelesayan yang di kehandaki oleh penjajah Thai
adalah terbalik ,mereka tidak mahu runding cuma perjumpaan untok
berbual ,tidak mahu ada orang tenggah tidak mahu memberi apa
satu cuma suroh pejuang berhenti perang itulah damai yang di
faham oleh kerajaan penjajah Thai.
Setiap konflik akan selesai di meja rundingan itu semua pendapat
bersepakat, setiap penyelesayan di meja rundingan semestinya ada
pihak ketiga untok memberi pandangan penyelesayan apabila
masalah itu buntu,matlamat orang patani adalah merdeka maka thai
harus membawa satu pelan yang memberi sesuatu kuasa kepada
orang Patani,tetapi malangnya thai tidak terima semua ,sekadar
mahu jumpa dan desak sepaya berhenti perang kerana berhenti
perang itulah keamanan dengan tidak memenuhi apapun tuntutan
pejuang patani,persoalan kenapa thai mahu jumpa pejuang ia tidak
lain dari tunjuk kepada dunia sahaja bahawa mereka mahu mencari
keamanan dan keamanan thai itu ialah terimalah apa sahaja yang
ditetap oleh pemjajah,langkah ini akan menjadi satu tragidi kepada
pejuang Patani yang berhasrat ingin mencari penyelesayan di atas
meja akan disifat sebagai menyerah diri.Thai perlu ulang kaji dasar
dan polisinya sebelum terus ada perjumpaan dan harus menaikan
taraf kepada rundingan damai serta terima pihak ketiga dan
menggariskan cara penyelesayan yang pada pandangan Thai dengan
mengambil kira hak orang Melayu tuan bumi mereka bukanlah
pendatang dan penumpang dibumi ini.

patani merdeka merdeka 


--patanipost--

Rabu, 16 Oktober 2013

Penjajah siam mencemari hari mulia ummat islam patani

Patani:
                                   Penjajah mencemari hari kebesaran ummat islam yaitu hari raya
                               Aidel adha apabila membuat serangan dan membunuh 3 orang
                          awam yang mana pihak thai memberi kenyataan bahawa mereka
                              tidak ada dalam senarai hitam maah menuduh mereka adalah
                                     pembantu pejuang bersenjata,kejadian berlaku di
                                               Tungyangdeng,wilayah Pattani.
                            Disaat ummat islam membuat persiapan dan menyambut hari raya
                            tidak kurang dari 5 ummat islam maut dan beberapa orang lagi
                           cedera dibunuh oleh penjajah samaada secara terang2 atau secara
                                          rahsia.
                             Orang melayu Patani perlu bersedia untok terus berjuang kerana apa
                              yang didakwa mencari perdamain oleh penjajah sekadar taktik untok
                                mengklabukan mata dunia,pada hakikatnya penjajah tidak akan
                                              senang hati dengan adanya orang melayu.

--patanipost--

Ahad, 6 Oktober 2013

Pendirian Malaysia sebenar terhadap Patani

Pendirian Malaysia sebenar terhadap Patani




Autonomi Najib

Dalam Simposium AntaraBangsa Institut Kefahaman Islam(IKIM) yang bertajuk:


ISLAM DAN ERA BARU NEGARA ASEAN,Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak telah menyatakan bahawa umat islam yang wujud sebagai minority di bawah penjajah bukan islam harus sedar bahawa pilihan yang terbaik untuk mereka adalah Otonomi.Kemerdekaan adalah tidak realistik tambah beliau.Mereka harus sedar bahawa mereka adalah hidup dibawah pemerintah bukan islam dan harus memberi kerjasama penuh pada pemerintah mereka.Tambahnya, komuniti ini harus mengiktiraf tanggung jawab sebenar dalam Negara masing-masing dan menyumbang untuk pengukuhan moral dan sosio-ekonomi di Negara terbabit.Penyelesaian sebenenar bagi penduduk peribumi islam Thailand,Filipina dan Myammar mesti dicari.Satu bentuk otonomi,bukan kemerdekaan tetapi otonomi ugama,kebudayaan dan pendidikan perlu diberi kepada mereka dan di lindungi termasuk mempertingkatkan peluang sosio-ekonomi.
Katanya Negara Malaysia juga memainkan peranan penting membantu kerajaan Thailand dalam usaha menstabilkan keselamatan dan keamanan melalui kerjasama dua hala dengan puak minoriti Islam di wilayah Selatan Thailand.Kami mahu melihat tambah beliau, bahawa demi masa depan, Malaysia akan terus memainkan peranan.
Sebenarnya  kenyataan ini tidak lah memeranjatkan kami,kerana sememang sejak dari dulu kita menyedari bahawa Malaysia ,kalau di bandingkan dengan penjajah Thai adalah menentang kewujudan sebuah Negara Patani yang merdeka. Ini bukan dasar baru.Kerana Malaysia yang mewarisi dasar penjajah Inggeris telah dari dulu menolak tawaran Patani di masuk kan dalam gagasan persekutuan Tanah Melayu kemudian juga menolak cadangan yang sama ketika penubuhan gagasan Malaysia 1963 dulu.
Kalau Inggeris yang memFaraidkan bumi Patani dengan penjajah Thai melalui perjanjian Anglo-Bangkok ,Malaysia juga dengan sebab-sebab yang mereka sahaja yang tahu meneruskan Polisi ini. Almarhum Tengku Mahmud Mahyidin telah dijanjikan oleh penjajah Inggeris dalam perang dunja kedua untuk memasuk kan Patani kedalam Persekutuan Tanah Melayu jika pihak Almarhum Berjaya mengumpul penenantang secara gurilla terhadap Tentera Jepun. Setelah perang selesai walaupun pihak Inggeris sedia memenuhi janji tersebut tetapi hasrat itu dihalang oleh Amerika.
Yang menjadi persolan sekarang apakah kerana kepentingan Politik-Ekonomi Malaysia -Thai dan keselamatan ASEAN Aspirasi rakyat Patani harus di korbankan dan tidak ada arti sama sekali? Apakah rakyat Patani ini suatu entiti yang tidak perlu di ambil peduli sama sekali.Jika begini pendirian Malaysia,tidak ada bezanya dengan sikap PenjajahThai yang tidak pernah  mengiktiraf Bangsa Melayu  Patani sebagai manusia!!!
Dilema sekarang apakah akan jadi dengan perundingan yang sedang berjalan di antara penjajah Thai dan wakil Rakyat Patani di Kuala Lumpur setiap bulan itu? Apakah skrip nya sudah di siapkan dari awal antara penjajah Thai dengan kerajaan Malaysia? Lebih mengelirukan lagi ialah,pihak penjajah Thai secara tidak langsung mengiktiraf wakil-wakil perunding rakyat Patani itu adalah pejuang pembebasan bukan nya pengganas! Mereka juga telah bersetuju untuk berbincang apa sahaja isu termasuk menentukan nasib sendiri oleh rakyat Patani.Secara tidak rasmi mereka bersetuju menarik balik syarat awal iaitu perbincangan ini harus tidak terkeluar dari panduan garisan perlembangan Thailand.Akan tetapi kami keliru dengan pendirian Malaysia sebenar.
Apakah pihak intellijen Malaysia tidak menjalankan tugas dengan meninjau kedudukan perasaan rakyat Patani sekarang;atau sengaja mempersembahkan lapuran palsu yang di arah oleh pihak atasan?.
Rata-rata di mana sahaja kalau kita pergi ka-kota atau ka desa rakyat Patani sudah bersedia untuk dan sanggup menanggung sebarang risiko di atas keengkaran mereka untuk terus berada di bawah penjajah Thailand.
Penjajah Thai dan sebahagian rakyat mereka sudah sedar dan bosan dengan suasana yang sedang berlaku sekarang di Patani.Ia telah menelan belanja berbilion Dollar dan mengorban beribu-ribu jiwa.Walau apa pujukan dan helah yang di lakukan terhadap rakyat Patani, namun tidak sedikit pun mengurang kan penentangan rakyat terhadap penjajah.Memang kami sedar dan bersedia untuk berjuang bersendirian tanpa bantuan luar sama ada dari dunia Islam atau dunia melayu.Kebangkitan yang menyeluruh kali ini adalah diatas kesedaran anak-anak muda terhadap nasib bangsa dan ugama yang telah di tindas sejak dua ratus tahun yang lalu.
Masaalah Patani tidak semudah yang disangka oleh Dato Najib,iaitu kalau peluang Sosio Ekonomi dan Pelajaran di beri pada kami selesai.Tidak sama sekali!!!! Masaalah kami adalah masaalah Negara kami di jajah kerana kami kalah dalam peperangan.Dan Islam memfardhukan kepada kami supaya mempertahankan aqidah ini dengan Jihad pada jalan Allah swt. Tanggungjawab ini munkin tidak jatuh pada bahu Malaysia atau saudara sebangsa yang lain. Justeru itu pihak luar harus faham dan peka dengan status quo ini.Apa saja perdamaian atau penyelesaian jika tidak di ambil kira kehendak rakyat Patani tidak akan mendapat keamanan yang kekal.Hanya orang yang bebas sahaja akan berhenti berperang dan berjuang!! Malaysia jangan mahu menjaga menjaga kepentingan jangka pendek mereka sahaja.
Kita sedar Malaysia telah makan faraidh lebih dari 1 bilion dolar setahun sejak bertahun-tahun yang lalu hasil dan perjanjian hasil bumi bertindeh di sempadan! Jangan kerana kepentigan yang tidak halal ini sanggup menggadai anak bangsa dan ugama sendiri.
SEKARANG! Apa kah harapan yang Malaysia mahu dari rundingan damai yang sedang berjalan  di Malaysia ini. Munkin beberapa pemimpin Patani nampak mudah di perarah dan di ugut oleh pihak keselamatan Malaysia. Tapi percaya lah Malaysia tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dari tindakan begini. Mereka boleh di ugut dengan penangkapan atau dihalau keluar dari Malaysia,tapi tindakan ini tidak akan menyelesaikan masaalah. Sedar lah bahawa rakyat Patani mahu masa depan mereka ditentukan oleh mereka sendiri.Biarkan orang Patani menentukan hala tuju sendiri.
Walaupun tindakan kita pilih penyelesaian dengan cara mengangkat senjata,tapi kami juga bersedia kemeja perundingan jika mereka atau mana-mana pihak bersedia menghurmati pendirian kami. Walau apa perundingan dan perjanjian dibuat,peperangan bersenjata tidak akan di hentikan selagi nasib bangsa dan negara kami masih tidak menentu.
Kami menyeru kepada pihak-pihak yang sudah meletakkan harapan yang tinggi pada rundingan ini supaya mengkaji dan memikir semula di atas pernyataan yang jelas yang di buat oleh Dato Najib itu!
Allahumma solli ala Muhammad Wa aali Muhammad.

4 syahid 7 ditangkap 2 tentera penjajah siam mati

4 syahid 7 ditangkap 2 tentera penjajah siam mati

Narathiwat:
Penjajah membuat pemeriksaan di kawasan riang daerah resak wilayah Narathiwat dan berlaku pertemporan selama 4 jm akhirnya 4 pejuamg gugur dan pihak penjajah 2 maut dan mereka membuat tangkapan seramai 7 orang
   


      jasa mu amat berharga wahai perwira kau telah korbankan jiwa dan raga mu demi patani darussalam




Selasa, 1 Oktober 2013

4 tentera Thai maut

4 tentera Thai maut

Yala:
Bom yang meletup di Saab daerah Krung pinang yang menyebabkan 2 tentera maut dan 2 cedera
parah,laporan menyebut 2 yang mengalami cedera juga maut berarti jumlah tentera Thai maut di
krungpinang 4 orang .
Tiada tanda bahawa keadaan kekacawan di Patani akan aman walaupun rundingan damai telah diadakan ini
kerana pihak Thai masih belum bersedia untok memberi hak orang melayu dan mentadbirkan Patani oleh
orang Patani sendiri,kini dua kumpulan bersenjata masih meneruskan oprasi yaitu RKK dan PLA.

--patanipost--



   keadaan kereta tentera thai di bom pemisah patani




                                                    keadaan kereta tentera thai di bom pemisah patani