Rabu, 20 November 2013

Pattani: Seorang renjer mati ditembak sementara dua adik perempuannya cedera parah dalam serangan di daerah Muang di wilayah selatan Thai ini awal semalam.

Ketua polis Muang, Tuande Chutanand berkata, serangan berkenaan berlaku pada jam 7 pagi di Kampung Maning.

Menurut saksi, mangsa, Abdulrorhim Mali, 31 dan dua adiknya ketika itu sedang berehat di depan rumah mereka apabila sekumpulan lelaki bersenjata tiba dengan sebuah trak dan menembak mereka tanpa sebarang amaran sebelum bertindak melarikan diri.

Abdulrorhim dan adiknya, Fadila, 27, serta Sinap, 23, di tembak di badan. Mereka dibawa ke hospital Pattani. Abdulrorhim diisytihar mati setibanya di hospital itu. - Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan