Khamis, 24 Oktober 2013

9 tahun peristiwa Takbai

Narathiwat:
25 oktober ini menggigatkan 9 tahun peristiwa Takbai yang
meragutkan ramai nyawa dan peristiwa pahit itu membayangkan di
mata dan hati mereka yang terlebat ,keluarga mereka ,seluroh rakyat
Patani dan seluroh dunia kerana filim peristiwa itu tersibar luas
berarti mereka yang tidak berada disitupun dapat melihat dan
menggambar sejauh mana kezaliman yangdilakukan oleh kerajaan
Thai,peristiwa itu adalah paling dahsyat dalam sejarah modern.
Kita bulih membuat kajian kenapa itu berlaku,jika dilihat apa
yangberlaku di Bangkok dengan demonstrasi tutop segala jalan dan
airport berapa kerugian harta benda dan imej negara tidak pula
kerajaan bertindak sebagai mana mereka bertindak di Takbai
sedangkan di Takbai adalah demonstrasi biasa simpati dengan orang
yang di angap tidak bersalah.
Jawapannya adalah sangat jelas kerana di Bangkok dilakukan oleh
rakyat mereka sendiri sedangkan di Takbai dilakukan oleh Rakyat
dibawah penjajah,walaupun Thai mengata urusan Patani urusan
sesama rakyat Thai ,mengapa bila melakukan sesuatu tidak nampak
mereka itu sebagai rakyat Thai sebagai mana kerajaan mengamalkan
dengan rakyat thai di lain tempatKejadian Takbai membuka mata rakyat Patani walaupun mereka
mahu jadi rakyat Thai mereka tidak akan diangap sebagai rakyat
Thai,oleh itu kepada orang Melayu Patani berbanggalah dengan
Bangsa sendiri dan berjuanglah untok mengubahkan nasib sendiri
kerana Allah telah berfirman maksudnya Sesungguhnya Allah tidak
akan mengubah nasib seswatu kaum sehingga mereka sendiri yang
mengubahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan